Langkau ke kandungan utama

Teori Mimetik: Tinjuan Pasca Plato-Aristotle (Esei) (11 Jun 2020)

 

TEORI MIMETIK: TINJAUAN PASCA PLATO-ARISTOTLE

 

AMINUDDIN ZAIN

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA

 

 

ABSTRAK

Teori Mimetik yang juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Mimetic Theory atau Imitative Theory adalah sebuah teori seni yang terawal dalam falsafah Barat. Teori ini dipelopori oleh seorang ahli falsafah Yunani iaitu Plato yang secara ringkas memberi definisi kepada ‘seni’ dan membezakan antara hasil kerja seni dan bukan seni. Ia bukan sahaja mencerminkan seni sewaktu zamannya, namun juga kemudian mempengaruhi seni terutamanya di Barat sehingga ke abad ke-18. Di penghujung abad ke-19, seni seperti lukisan mula menampakkan perubahan dari segi artifaknya. Hasil seni seperti lukisan tidak lagi cuba meniru realiti tetapi pengkarya zaman ini seperti Andy Warhol, Marcell Duchamp menjadi nama penting memecah tradisi dan memberi definisi baru terhadap seni. Karya-karya yang dikategorikan sebagai Seni Moden ini menjadi bukti jelas bahawa definisi yang diberi Plato tidak lagi terpakai. Ia kemudian menuntut manusia bertanya, apakah definisi seni selama ini? Kajian ini memberi tumpuan pada permasalahan dan isu dalam Teori Mimetik yang selama beribu-ribu tahun membentuk seni dalam kehidupan manusia. Hasil daripada analisis ini diharap dapat membuka minda pembaca mengenai makna seni dan memahami perkembangan psikologi manusia seiring dengan evolusi seni yang dibawa mereka.

 

PENGENALAN

Perkataan “mimetik” datang daripada “mimetic” dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan “mimesis” daripada bahasa Yunani yang bererti “tiru”. Konotasi bagi perkataan ini juga ialah “mencontohi” dan “salin”. Teori Mimetik ini telah mempengaruhi seni di Barat sehingga abad ke-18 dan pengkarya di sana hanya mula berubah sewaktu abad ke-19 dengan pelbagai pertikaian terhadap teori ini mula dilontar.

            Antara perkara yang dikemukakan dalam Book X dalam The Republic adalah pandangan Plato mengenai drama, sebuah seni yang sangat popular dan mempengaruhi masyarakat Yunani ketika itu sehingga seni-seni lain seperti lagu dan tarian dianggap tambahan kepada drama (Carroll, 1999). Bagi beliau, drama atau hari ini persembahan teater adalah sebuah peniruan (imitation). Socrates juga yang merupakan guru Plato, menyatakan sifat kurang senangnya terhadap golongan penyair kerana baginya penyair cumalah seorang peniru yang melakukan peniruan, petah berkata-kata dan fasih berbahasa tinggi namun mereka tidak tahu mempunyai dan menyampaikan kebenaran dalam syair-syair mereka seperti kebenaran dalam falsafahnya iaitu daripada Dunia Idea. Socrates bimbang masyarakat akan menjadi kagum, terpesona dan memuja penyair kerana tidak sedar penipuan dalam syair-syair itu. Syair-syair itu, kata Socrates, telah dua kali tersingkir daripada kebenaran (dari Dunia Idea). Contoh diberikan beliau adalah pelukis yang melukis sebuah kasut. Seorang pelukis mampu melukis sebuah kasut seperti mana kasut yang dibuat seorang pembuat kasut walaupun dirinya tidak mengetahui apa-apa mengenai pembuatan kasut. Orang-orang yang melihatnya juga tidak jahil mengenai proses penghasilan kasut dan hanya menilai lukisan tersebut berdasarkan warna dan bentuk yang mereka nampak. Hal ini sama juga dengan penyair, jika tulisannya itu ditelanjangkan daripada kata-kata indah dan permainan perkataan, tidak ada apa-apa kebenaran yang tinggal. Maka, ini membuktikan golongan ini hanya pandai meniru. Kata Plato, ia seolah-olah wajah seseorang yang muda tanpa kecantikan dan apabila mereka tua, tidak ada apa-apa yang lagi yang menarik. Bagi ahli falsafah yang mengutamakan nilai kebenaran sudah pasti hal ini menjadi perkara besar kerana beliau berpandangan masyarakat perlu berpegang pada kebenaran, bukan mudah terpedaya dengan helah.

    Ini berbeza dengan pandangan Aristotle, yang menyatakan drama tidak memberi kesan buruk semata-mata kerana penonton mampu mempelajari pelbagai perkara baru melalui drama contohnya hubungan antara manusia. Beliau berpendapat drama mempunyai nilai-nilai baik yang cukup untuk melawan pendapat Plato.

 

Teori Mimetik

Pertama-tama, perlu difahami dengan baik dan jelas tunjang falsafah Plato mengenai Dunia Idea. Beliau merumuskan bahawa benda-benda yang wujud di dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu yang telah Jadi (Being), bersifat sempurna, tidak berubah dan yang sedang Menjadi (Becoming) yang sentiasa berubah-ubah. Semua benda di dunia adalah salinan daripada yang asal yang berada di Dunia Idea. Di Dunia Idea inilah semuanya bersifat tetap kerana mereka ialah Jadi, manakala benda-benda di dunia pula Menjadi, adalah salinan daripada bentuknya yang asal di Dunia Idea. Kisah alegori dalam gua yang terkandung dalam bukunya The Republic antara yang popular berkenaan falsafah dualismenya. Falsafah dualisme Plato ini pun begitu bukanlah datang sepenuhnya daripada beliau, ia juga dipengaruhi oleh pemikir-pemikir sebelumnya iaitu Heraclitus dan Parmenides yang mengemukakan tentang panta rei  realiti yang tetap (Abdul Rahman, 2016).

    Teori Mimetik oleh Plato mengatakan bahawa seni adalah hasil daripada kerja meniru atau dalam bahasa Inggeris, imitation yang berasal daripada imitatio dalam bahasa Latin. Imitation atau kata dasarnya imitate juga mempunyai konotasi seperti mencontohi, menyamai, memplagiat dan menuruti. Hasil seni adalah hasil daripada perbuatan meniru alam atau apa-apa yang ada di sekeliling. Contohnya, sebuah hasil seni lukisan datang daripada aktiviti seorang pelukis yang menggunakan alatannya seperti pensel, meniru apa yang dilihatnya, sebatang pokok misalnya. Lukisan itu dipanggil hasil kerja seni. Bagi Plato, lukisan adalah seperti cermin yang memantulkan imej di hadapannya.

    Kedua-dua tokoh Plato dan Aristotle bersetuju bahawa kerja melukis adalah sebuah hasil daripada perbuatan meniru. Hal ini seperti mana dalam drama Hamlet oleh Shakespeare, para pelakonnya mengangkat cermin dan dihalakan ke luar, menunjukkan alam sekeliling mereka (Carroll, 1999). Jika teori ini diringkaskan dalam bentuk formula, maka ia menjadi:

 

y ialah karya seni hanya jika ia sebuah peniruan.

 

    Seni sewaktu Plato dalam masyarakat Yunani pula mencakupi makna yang sangat meluas. Seni bagi orang-orang Yunani adalah amalan yang memerlukan kemahiran, selain aktiviti meniru. Contohnya, bidang perubatan dan ketenteraan dianggap seni oleh mereka di zaman itu (Carroll, 1999). Walaupun Plato dan Aristotle tidak berkongsi definisi seni daripada mereka, namun dalam The Republic, Ion dan buku-buku lain oleh mereka berdua membuktikan drama, puisi, lukisan, arca, tarian dan muzik adalah juga seni bagi mereka kerana ini semua melibatkan peniruan (Carroll, 1999).

    Jelas di sini bahawa berdasarkan teori ini, jika sesebuah hasil kerja itu tidak melibatkan peniruan, maka ia tidak layak dianggap sebagai seni. Plato tidak bercakap tentang mimesis dengan tumpuan kepada seni semata-mata tetapi seluruh aktiviti masyarakat dan kebudayaan, tetapi melalui Aristotle-lah mimesis terkait rapat dengan aktiviti seni (Turker, 2010).

    Dalam Poetics, Aristotle menyatakan bahawa manusia adalah makhluk paling banyak melakukan peniruan, bahkan sejak kecil sama ada meniru orang lain mahupun aktiviti di sekelilingnya kerana melaluinya, dia belajar perkara baru. Oleh kerana itu, seseorang akan mendapati dirinya menyukai apa-apa yang meniru seperti lukisan dan juga menyukai apabila dia tahu sesuatu itu adalah hasil daripada peniruan. Perasaan suka ini muncul pertama daripada ilmunya mengenai objek asal yang ditiru dan yang kedua adalah kerana dia mengetahui bahawa yang dilihatnya itu bukanlah yang asal. Jika dia tidak mengenali objek asal, maka pengalaman ini akan berbeza dan mungkin tidak menghadirkan perasaan positif. Aristotle bersetuju dengan Plato mengenai seni adalah hasil peniruan terhadap alam tetapi baginya ia tidak memberi kesan buruk terhadap manusia kerana semua hasil seni ini membawa kepada katarsis iaitu proses “penyucian” emosi.

    Menurut Carroll (1999), dari segi sejarah, antara sebab teori ini dikemukakan dan dipersetujui pada akarnya oleh kedua-dua tokoh walaupun ada perbezaan pendapat, adalah kerana seni sewaktu zaman mereka bersifat meniru. Sama ada lukisan, nyanyian, drama mahupun arca, kebanyakannya adalah hasil daripada peniruan terhadap alam dan objek sekeliling seperti tubuh manusia, bunyi burung dan pokok serta bukit-bukau. Jadi, tidak menjadi suatu kesalahan atau kesilapan bagi mereka memberi makna seni sebegitu rupa kerana pada zaman itu, manusia masih menggunakan kemahiran meniru untuk melakukan kerja seni.

    Menurut Nietzsche dalam Birth of Tragedy pula, seni bukanlah semata-mata meniru alam tetapi adalah sebahagian daripada alam itu sendiri. Seni sebagai pelengkap kepada alam, berfungsi untuk membantu manusia mengatasi penderitaannya. Melalui kerja peniruan dalam seni, ia menjadi salah satu cara manusia untuk mempunyai hubungan yang baik dengan alam.

    Ibnu Sina antara yang bersetuju dengan Aristotle. Pada pendapat beliau peniruan (muhakat) adalah teras seni. Turker (2010) menyimpulkan bahawa Ibnu Sina berpendapat dengan intipati peniruan yang mengandungi simile, metafora dan komposisi yang bertujuan untuk mencantikkan atau memburukkan (aesthetic denigration). Seorang pelukis menambahkan nilai estetik terhadap sesuatu objek dengan menyertakan pendapat atau mesejnya sendiri lalu mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi dari sudut ontologi. Ibnu Sina juga menegaskan bahawa seni juga berkongsi fungsi sosial seperti menjalinkan hubungan dan menyebarkan kebencian.


 

ISU DAN PERMASALAHAN

Antara isu berkenaan teori ini adalah keterbatasannya dalam mengiktiraf hasil seni lain (karya yang diiktiraf sebagai seni di zaman ini) sebagai seni. Apabila Plato dan Aristotle bersetuju mengiktiraf seni sebagai sebuah hasil kerja meniru, ini bermakna hasil kerja seni yang bersifat abstrak, ekspresif dan imaginatif tidak dikategorikan sebagai seni kerana ia tidak melibatkan peniruan dari alam dan objek sekeliling. Dengan itu, seni lukisan yang berunsur khayalan, abstrak yang terhasil daripada imaginasi dan permainan pelukis tidak akan dianggap sebagai seni. Jadi, adakah seni ini hanya tersekat pada “peniruan” sahaja? Jika begitu, garis batas yang diletakkan ini telah mengecilkan skop seni lalu sedikitlah seni dapat manusia lihat dan alami dalam kehidupan mereka.

    Hari ini, telah lebih seratus tahun seni abstrak terutamanya lukisan diangkat. Seni yang kebanyakan daripada manusia faham hari ini sangat berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi seseorang pengkarya, maka teori ini telah terbatal kerana dalam lingkupnya, ia cuma mengiktiraf kemahiran meniru sebagai proses menghasilkan karya, tetapi dengan imaginasi dan kreativiti semata-mata, ia gagal mengiktiraf hasil ini sebagai seni walaupun manusia era ini mendapatinya ia hasil seni. Masalah untuk mengiktiraf karya-karya bersifat ekspresif, abstrak dan lain-lain menjadi punca utama teori ini tidak lagi terpakai zaman ini.

    Lewat abad ke-19, seni visual telah mula menunjukkan perubahan daripada bersifat realistik dan replika terhadap objek sekeliling kepada permainan visual dan lebih bersifat khayalan, ekspresif yang kemudian menjadi titik tolak gerakan seni baru iaitu Expressionism di Jerman (Carroll, 1999).

    Ini juga membawa manusia moden untuk mempersoal, di mana kepentingan dan peranan imaginasi jika hanya seni replika dikatakan sebagai seni? Karya-karya moden seperti On White II lukisan Wassily Kandinsky, Vega-Nor oleh Victor Vasarely dan Diagonal Curve oleh Bridget Riley yang dijual pada harga $2.1 milion Amerika Syarikat yang mengangkat imaginasi dan unsur abstrak dalam lukisan mereka telah membuktikan bahawa imaginasi, kreativiti dan inovasi tanpa peniruan juga adalah seni kerana masyarakat awam dan pihak berautoriti seperti muzium mengangkat karya-karya ini sebagai seni dan menerima reaksi yang positif sehingga terjual dengan harga yang begitu tinggi.

    Antara kata-kata yang sering diulang-ulang ialah daripada Albert Einstein iaitu “imagination is more powerful than knowledge”. Kata-kata dari seorang saintis terkenal ini menjadi pengukuh membuktikan bahawa imaginasi bukan saja penting dalam berkarya namun juga dalam kehidupan lain termasuk dalam bidang sains.

    Dengan keterbatasan yang dihadkan oleh teori ini juga menyingkirkan seni dekorasi daripada kelompok yang diiktiraf sebagai seni. Masyarakat moden hari ini menganggap dekorasi adalah seni kerana ia memberi nilai estetik tambahan dalam sesebuah ruang namun bagi teori ini, ia tidak. Lalu di manakah hasil aktiviti dekorasi ini harus dikategorikan? Sejarah juga telah membuktikan sifat eksklusif teori ini menjadi lapuk dan tidak terpakai lagi kerana telah gagal mengiktiraf karya seni yang diiktiraf sebagai seni oleh masyarakat hari ini (Carroll, 1999).

    Seni Moden yang bermula pada abad ke-19 menyaksikan kebangkitan seni-seni baru yang telah melawan arus teori ini seperti Neo-Pop, Cubism, Futurism, Fauvism, Expressionism, Impressionism membuktikan teori ini sudah lapuk dan ditolak masyarakat. Beberapa tokoh besar daripada gerakan ini termasuk Pablo Picasso,  Vincent Van Gough, Marcell Duchamp, Georges Seurat, Paul Cézanne dan lain-lain lagi menjadi bukti karya mereka diterima umum dari dahulu sehingga sekarang. Fauvism contohnya, adalah sebuah revolusi dunia seni lukisan di Paris yang memaparkan lukisan yang liar, menggunakan pelbagai warna dan landskap yang bersifat ekspresif.

    Arthur Danto dalam eseinya The Artworld menzahirkan bantahan terhadap teori ini dengan mengibaratkan tidak semua dipapar di cermin adalah seni. Beliau memberi contoh berkenaan Brillo Box oleh Andy Warhol dan mengajak pembaca bertanya mengapa ia dianggap seni dan kilang menghasilkan kotak-kotak Brillo itu tidak? Begitu juga dengan katil Robert Rauschenberg.

    Danto (1964) menegaskan teori senilah yang mengangkat sesebuah karya dan memisahkan antara hasil seni dan yang bukan. Beliau juga memberi kesimpulan bahawa akan sentiasa ada penentangan dalam membincangkan teori-teori ini, namun yang lebih mustahak adalah usaha pengkarya itu dalam memajukan teori itu atau mencipta yang baru.

    Dalam era moden ini, disebabkan pengaruh Teori Mimetik yang sangat besar ini telah mewujudkan suatu masalah iaitu bagaimana masyarakat melihat seni. Mereka sering terkeliru dalam mengkategorikan sesebuah karya lukisan itu seni atau tidak kerana tidak memahami dengan baik seni dalam makna yang lebih luas dan seni yang dikatakan oleh Plato (Graham, 2005). Ini menjadi cabaran bagi pengkarya dan pihak terlibat bagi mendidik masyarakat untuk menilai seni dengan kayu ukur yang baru walaupun tidak dinafikan di akhirnya ia terpulang pada citarasa mereka. Hal ini sama seperti bagaimana penonton menilai sesebuah filem, mereka berhak menggemari dan membenci sesuatu filem tetapi untuk menilai, memahami dan memberi penghargaan atau aspresiasi itu perlukan ilmu yang disampaikan melalui orang yang bertanggungjawab dan bertauliah (Muzzamer & Namron, 2020).


 

PASCA TEORI MIMETIK

Kegagalan Teori Mimetik memperlihat para sejarawan, ahli teori serta pakar seni cuba memberi definisi baru yang lebih bersifat inklusif dan meluas dalam mengiktiraf karya-karya baru lalu terciptalah Teori Representasi. Dalam Teori Representasi, sesebuah karya dianggap seni jika ia mempunyai makna di sebaliknya, tidak kira sama ada karya itu hasil peniruan atau tidak.

    Walaupun teori ini mampu mengiktiraf lebih banyak karya dalam bidang sastera seperti Battle of Borodino in War and Peace  namun masalah sama masih wujud dalam bidang seni lain seperti lukisan (Carroll, 1999). Salah-satunya ialah lukisan No. 1 oleh Jackson Pollock kerana lukisannya itu tidak mempunyai perlambangan apa-apa namun ia tetap dianggap seni sehingga teknik spontannya itu kemudian digelar sebagai “action painting”.

    Antara seni yang dipinggir juga termasuk filem, muzik dan seni bina. Ini kerana seni bina tidak semestinya mempunyai mesej, pemaparan atau perlambangan (Carroll, 1999). Contohnya, rumah, bank, mahkamah. Bangunan Bank Negara di Kuala Lumpur tidak sedikit pun berbentuk dompet, tabung mahupun wang. Bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya seperti Pejabat Perdana Menteri juga tidak melambangkan apa-apa sehingga jika digantikan fungsi bangunan-bangunan itu dengan lain seperti dijadikan tempat mencetak wang, atau muzium sekali pun, pada zahirnya ia tidak berbeza pada mata masyarakat. Hagia Sophia di Istanbul antara contoh paling jelas, di mana daripada gereja kemudian dijadikan masjid dan akhirnya dibuka semula sebagai sebuah muzium sehingga sekarang. Bahkan sebagai gereja sekalipun ia mengalami pertukaran mazhab.

    Setelah teori Representasi gagal, lahir pula Teori Neo-Representasi (Neo-Representational Theory) yang mana sekali lagi cuba membuka seni dengan makna yang lebih luas dengan memberi definisi yang lebih ringkas terhadap seni.

y ialah karya seni jika ia berkenaan dengan apa-apa perkara.

    Dengan pembaharuan ini, ia dilihat seperti sebuah penyelesaian yang baik kerana lebih karya kini boleh dikategorikan sebagai seni seperti Guernica oleh Picasso, Fountain dan In Advance of a Broken Arm oleh Marcell Duchamp yang kini dikelaskan dalam Seni Moden kerana sifatnya yang “readymade” atau sedia wujud tanpa melibatkan usaha pengkarya dalam pembuatannya. Teori Neo-Representasi ini nampaknya mampu menguruskan masalah-masalah besar sehingga ke Seni Moden tetapi dalam unsur semantik yang diiktirafnya itu, timbul persoalan baru, sedalam atau setakat manakah mesej dan simbolisme itu perlu wujud untuk mengiktiraf sesebuah karya sebagai seni? Hal ini kerana iklan-iklan, ceramah dan artikel satira juga mempunyai mesej maka adakah semua ini juga harus diakui sebagai seni?

    Mentafsir seni kemudian menjadi salah satu cabang masalah baru dalam teori walaupun ia sebuah teori yang sangat kukuh dan inklusif (Carroll, 1999). Contohnya, sebuah muzik yang bernada sedih, apakah benar kesedihan adalah mesej tersirat lagu tersebut? Adakah hanya kerana ia bernada melankolik lalu layak dikatakan ia lagu yang sedih? Adakah lagu itu mempunyai subjek yang menjadikannya sedih atau ia mempunyai kesedihan semata-mata tanpa sebab? Yang manakah sebenarnya mesej tersirat lagu tersebut?

    Ini menunjukkan bahawa teori yang baharu ini juga masih belum mampu menyelesaikan masalah dalam memberi makna terhadap seni. Apakah perlu manusia berhenti mendefinisi seni? Wujudkah di masa depan sebuah keadaan atau teori yang menyelesaikan kekusutan ini?


 

KESIMPULAN

Memasuki abad ke-20, Teori Mimetik ini mula dicabar dan dilawan. Hasil kerja seni pada waktu ini sudah melawan fitrah teori ini dan membuktikan bahawa ia salah. Seni tidak lagi menjadi hasil replika tetapi sebaliknya luahan perasaan, bermesej, bersifat intelektual dan mendidik.

    Dari luar lingkup seni juga, manusia sememangnya meniru apa-apa yang mereka kagumi (Girard, 1976). Dalam Book III, The Republic, Plato berhujah tentang pemaparan dewa dalam Odyssey karya Homer. Beliau menghuraikan bahawa peniruan terawal dalam fasa seseorang manusia bermula seawal dia kecil lalu lama-kelamaan apa yang ditirunya itu menjadi tabiat dan sebahagian daripada dirinya.

    Kegagalan dan penolakan teori-teori ini menuntut manusia untuk bertanya diri, apakah seni sebenarnya? Apakah makna seni selama ini jika teori yang dipegang manusia selama ribuan tahun adalah salah? Perlukah makna terhadap seni? Kelahiran Seni Moden dan Pop menuntut manusia untuk mempersoal makna seni pada diri sendiri dan bukan sahaja melihat seni tetapi juga kehidupan harian sebagai seni. Perubahan pandangan ini seharusnya membuka mata dan minda manusia untuk melihat alam dan dunia sekeliling dengan perspektif baru dan lebih luas dan menghargai perkara di sekeliling mereka dengan lebih baik.

    Girard (1976) mengemukakan sebuah Teori Mimetik yang berkaitan dengan nafsu manusia dengan menyatakan manusia sentiasa meniru, apa yang dimilikinya adalah hasil daripada keinginannya setelah melihat objek itu dimiliki oleh orang sekeliling atau yang diminatinya. Teori yang dikemukakan pada abad ke-21 ini membuktikan manusia, di luar bidang seni juga, tidak boleh lari daripada meniru alam dan sekeliling. Teori Mimetik oleh Plato ini walaupun tidak lagi relevan namun ia tidaklah salah kerana ia mencerminkan seni sewaktu manusia di Barat zaman itu yang boleh difahami sebagai waktu manusia baru berjinak-jinak dengan seni, pastinya peniruan adalah satu perkara yang biasa, bahkan juga satu keperluan. Masyarakat terutamanya juga perlu berterima kasih kerana dengan penemuan teori ini, banyak karya-karya agung telah terhasil sekali gus melahirkan para seniman yang hebat. Walaupun ia tidak melibatkan aktiviti imaginasi dan kreativiti yang tinggi, tetapi kemahiran meniru yang begitu tinggi tidak mampu dikuasai oleh semua orang. Mungkin kemahiran yang sukar dikuasai inilah juga menjadi titik tolak kepada gerakan-gerakan selepasnya.

    Pun begitu, evolusi teori seni di dunia tidaklah memberi makna negatif kepada dunia seni kerana ia menjadi hujah bahawa manusia satu makhluk yang berintelektual dan bijak menyesuaikan diri maka ia sentiasa mengadaptasi dan berevolusi ke arah yang lebih baik. Teori dan gerakan-gerakan seni yang sering dicanggah dan dicipta ini juga mencerminkan evolusi psikologi dan intelektual manusia secara keseluruhan. Daripada meniru kepada representasi lalu bergerak kepada imaginasi dan kemudian Seni Moden yang merupakan manifestasi kepada sains dan dunia empirikal, semuanya sesuai dengan zaman masing-masing dan membuktikan kemajuan manusia dalam berfikir dan bukan sahaja mencermin malah membentuk dunia sekeliling.

    Kesemua teori-teori ini perlulah dihargai dan diteladani agar manusia dapat membuahkan hasil dan solusi yang lebih baik pada masa depan. Jika seni yang diibarat sebagai cermin dikritik dan ditolak, maka perlu diingat, cerminlah yang memperlihat manusia apa yang mereka tidak nampak selama ini.



RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2016). Wacana falsafah barat: Tinjauan dan kritikan. ITBM.

Aristotle. (2013). Poetics. OUP Oxford.

Carroll, N. (1999). Philosophy of art: A contemporary introduction. Psychology Press.

Danto, A. (1964). The artworld. The journal of philosophy, 61(19), 571. https://doi.org/10.2307/2022937

Girard, R. (1976). Deceit, desire, and the novel: Self and other in literary structure. JHU Press. https://doi.org/10.1086/389990

Graham, G. (2005). Philosophy of the arts. https://doi.org/10.4324/9780203696224

Nietzsche, F. W. (2000). The birth of tragedy. Oxford University Press, USA.

Plato. (2000). Plato: 'The Republic' (T. Griffith, Trans.). G. R. Ferrari (Ed.). Cambridge University Press.

Scott, D. (2019). The Republic. The Oxford Handbook of Plato, 205-229. https://doi.org/10.1093/oxfordhb/9780190639730.013.11

Turker, H. (2010). A discussion of the aesthetic views of ibn sina and aristotle on the basis of aesthetic value. Classic issues in Islamic philosophy and theology today, 4, 151-169. https://doi.org/10.1007/978-90-481-3573-8

 

Tok Ayah Channel. (2020). Sembang santai bersama muz zmer pt2 [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=eE78Gayzc9s

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Analisis Kritikal terhadap Salib Existensial (2015) oleh Ridhwan Saidi (Esei) (1 Januari 2020)

Pengenalan Ridhwan Saidi ialah nama yang tidak asing lagi dalam arena seni di Malaysia terutamanya dalam kalangan peminat novel indie . Beliau ialah pengasas bersama Mocha-Mocha Ink yang menerbitkan fiksyen kontemporari, novelis dan penggiat teater namun lebih dikenali sebagai penulis novel kerana telah menerbitkan beberapa bukunya dengan Buku Fixi seperti Brazil , Amerika , Cekik dan banyak lagi. Salib Existensial oleh Ridhwan Saidi merakamkan kejadian sebuah salib yang berkhidmat di gereja mendapat azab pada pengakhiran kehidupannya. Suatu malam, dia mengambil keputusan untuk beristirahat dengan pergi ke sebuah bar berdekatan berseorangan. Setelah mabuk, dia pulang ke gereja untuk berdiri semula di hadapan gereja kerana esoknya ramai hadirin akan datang untuk beribadat. Akhirnya, dia sampai ke puncak, tempat kerjanya dan tidur hingga ke esok pagi. Keesokannya, dia mendapati ramai orang berekerumun di bawah seperti hari Ahad biasa namun mereka kaku memandangnya serta mempunyai ...

Patriarki dalam Bapak Mati Bunuh Diri (2021) (Esei) (1 Mei 2021)

Pengenalan Patriarki yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ‘patriarchy’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu patér yang bermaksud bapa dan arché yang merujuk pada ‘tua’, ‘awal’, ‘kuasa’ atau juga ‘aturan’. Sistem sosial patriarki merujuk kepada sistem yang meletakkan lelaki sebagai ketua, yang terkehadapan dan yang memegang tampuk kuasa pada hierarki paling tinggi. Patriarki juga sering dikaitkan dengan dominasi kaum lelaki dalam sesebuah organisasi dan penindasan terhadap kaum perempuan. Dalam sesebuah institusi masyarakat yang mengamalkan patriarki, si ayah atau suami secara veto berkuasa dan bertanggungjawab  sepenuhnya terhadap setiap anggota keluarganya dari semua segi termasuk kewangan, sosial, pendidikan dan lain-lain. Si isteri atau ibu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju keluarga mahu pun membuat keputusan untuk institusi tersebut. Cerpen Bapak Mati Bunuh Diri (2021) ditulis oleh Nur Adilla dan disiarkan dalam majalah Svara isu ke-5 (Januari – Mac 2021)...

July 2022 - What Happened In My 25th

I feel like I’m stuck between the past and the future but I’m not in the present. I don’t have any goals anymore, don’t talk to me about hope and ambitions. I was born an idealist. Between the past and the future, I enjoy reminiscing. Because in the past, things happened but in future, nothing ever happened. Now I just live day to day. Picturing the sins and uncomfortable moments every evening.   I’m a late bloomer. Laggies.  I used to pray to die young, to wake up next day somewhere, or beside God right away. But I was innocent at that time. Now I am no longer naive. So I pray my sins forgiven before I leave this place. Every day I grow up getting more scared than ever. Commitments, human interaction, possibilities, risks, past mistakes. All this while every one keeps moving forward, braver then ever. To quote Tyler Durden, “Losing all hope was freedom”. It’s not rhetoric, it’s true. Just like love, it requires courage too, to give everything up, to not give a fuck anymore an...

Koronagig (Cerpen) (17 Mei 2021)

Aku terus menatal halaman iCloud di skrin iMac. Tujuan asalnya aku mahu memuat naik beberapa gambar daripada storan komputer ke pelayan iCloud tapi aku sedar halaman Photos iCloud rupanya panjang. Sudah 10 tahun aku melanggan servis iCloud, jadi semua gambar dari iPhone, iPad dan iMac aku semuanya ada di sini. Gambar-gambar sewaktu di kolej, asrama sekolah menengah dan hari raya buat aku rindu masa muda. Ah, semua pahit jadi manis bila ia tidak lagi berlaku sekarang – nostalgia. Aku klik di Notes untuk lihat tulisan dan catatan dulu-dulu. Apakah sama nostalgianya dengan foto?           Dengan pantas aku terus klik scroll bar dan terus larikan ke nota paling awal ditulis. Tiga minit juga aku tunggu ia loading , scroll , loading , scroll dan terus loading sampailah ia tidak loading lagi. Ah, ini nota pertama aku! Walaupun bukanlah yang pertama kerana sebelumnya tidak dimuat naik ke iCloud, tapi jadilah! Ia hanya catatan mengandungi beberapa...

Kelas Sebalik Talian

  Bulan Mac lepas menyaksikan para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memasuki semester baru, menandakan sudah setahun kelas dalam talian dijalankan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Tenaga pengajar dan pelajar yang sebelum ini tidak pernah menggunakan Google Meet, Zoom, Webex sudah agak mahir dengan platform di atas. Kekalutan dan huru-hara yang dialami sebelum ini mungkin dapat dikurangkan dan kerjasama antara pelajar serta pensyarah seharusnya lebih baik. Setelah berbulan-bulan kedua-dua pihak IPT dan pelajar mengharungi fasa baru ini, pelbagai masalah yang telah berakar dalam masyarakat kita timbul dengan drastik dan jelas, bagai sabut di dasar sungai yang akhirnya terlepas dari batu besar. Tahap capaian internet adalah antara masalah terbesar mereka hadapi baik daripada pihak pelajar mahupun pensyarah yang terpaksa ulang-alik ke kampus sewaktu PKP semata-mata mendapatkan capaian internet yang lebih baik. Dalam hal ini, pelbagai mediu...

Inphluenza (Cerpen) (31 Julai 2021)

  Sebuah kereta Proton Saga berwarna perak dengan cermin lut sinar sedang menunggu Aini. Seorang wanita berusia 60-an bersama gadis 20-an datang memeluk Aini erat. Mata Aini mula menakung air dan dia cuba mengawal serak suara. “Ehem... jom, kita sambung kat rumah! Lama sangat ni tak jejak kaki kat rumah. Jom!” Ibu Aini mengelap air mata dan masuk semula ke dalam perut kereta. Di dalam kereta mereka berbual rancak tentang perubahan jalan dan pembinaan bangunan-bangunan baru yang dilihat sepanjang dalam perjalanan pulang. Tingkap dibuka dan Aini menghalakan wajahnya ke luar membiarkannya ditampar angin. Sudah 5 tahun dia tidak merasakan nikmat menjejakkan kaki dari luar kotak bangunan bernama penjara.             Adiknya, Alia kini di tahun ketiga di salah sebuah universiti swasta di Bangi dalam bidang pengkomputeran. Sejak Aini di penjara, jiran-jiran mula menjauhkan diri daripada keluarganya. Selepas 2 minggu di rumah, Aini...

Bersosial di Media Sosial dalam Pandemik (Esei) (8 Jun 2021)

  Our World in Data (2019) melaporkan secara purata satu daripada tiga orang mempunyai akaun media sosial. Ketika itu, Facebook selaku pemegang ‘saham’ terbesar dalam arena media sosial telah mempunyai 2.4 bilion pengguna berbanding 100 juta pada 2008. Amanz (2020) melaporkan jumlah tersebut telah meningkat sehingga 2.7 bilion pengguna. Beberapa hari lalu, Nagarajan (2021) melaporkan syarikat Facebook Inc. telah menjangkaui nilai 1 trilion USD selepas mahkamah melepaskan syarikat tersebut daripada dikenakan tindakan di bawah undang-undang antimonopoli. Ini menjadikannya syarikat kelima Amerika Syarikat yang mencapai nilai 1 trilion, sebaris Microsoft, Alphabet (syarikat induk Google), Amazon dan Apple.           Kejayaan Facebook ialah bukti betapa besar kesan media sosial pada seluruh masyarakat dunia. Dengan media sosial, ia telah mengubah cara manusia berkomunikasi seperti bagaimana mereka berkongsi berita, meluahkan perasaan, menja...

Bangsaku Dipecah-pecah Vaksin

Kalau dulu Sasterawan Negara, Zurinah Hassan dalam puisinya Masihkah Kau Bermain Seruling berkata,   di kota yang semakin kusut dan tenat adik-adikku menganggur dan sakit jiwa bangsaku dipecahkan oleh politik   Hari ini, anak muda masih saja menganggur bahkan bertambah-tambah bilangannya, semakin ramai yang sakit jiwa di kota yang tak pernah henti kusut dan menenat. Ada waktu kita semua disatukan politik, menentang semua menteri dan ahli politik. Tapi vaksin yang mencegah penyakit, siapa sangka, juga memecahkan kita. Setakat artikel ini ditulis, sudah 1.15 bilion dos vaksin telah dikeluarkan dengan jumlah 276 juta telah disuntik di seluruh dunia. Dalam bahasa dan statistik mudah,  3.5 %  daripada seluruh penduduk dunia  telah dikurangkan risiko mereka untuk dijangkiti koronavirus. Di Malaysia, sebanyak 1.45 juta dos daripada pelbagai syarikat pengeluar vaksin telah mendarat di tanah air dengan 914 ribu telah divaksinasi. Ringkasnya,  1.7% daripada keseluruh...

Seni v Pornografi: Mendepani yang Kabur (Esei) (8 Julai 2020)

  SENI v PORNOGRAFI: MENDEPANI YANG KABUR   A MINUDDIN Z AIN Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA     ABSTRAK Seni mengikut teori yang dikemukakan Plato dan Aristotle adalah hasil aktiviti peniruan. Dalam seni, lukisan dan arca terutamanya, karya seni yang melibatkan sosok tubuh bogel manusia juga telah wujud sekian lamanya semenjak zaman kegemilangan Tamadun Yunani. Lukisan terkenal seperti Venus of Orbino oleh Titian juga menunjukkan wanita tanpa pakaian dan arca Discobolus di zaman Yunani menampakkan lelaki dengan tubuh sasa dan ideal dalam keadaan berbogel. Memasuki abad ke-20, wujud satu lagi kategori yang telah disebar dalam pelbagai cabang seni iaitu pornografi. Pornografi ini wujud dalam tulisan, media baru seperti gambar dan video. Wujud permasalahan baru iaitu bagaimana mahu membezakan antara dua kategori ini, apakah pornografi sebahagian daripada seni atau sebaliknya? Artikel ini menghuraikan lebih lanjut gar...

Kluster Nyet (Cerpen) (21 Januari 2021)

                 “Sepuluh boleh bang?” tanya pelanggan remaja pada aku. Jam menunjukkan pukul 8:43 pm. Aku dan Hanif hanya menunggu ketiadaan pelanggan untuk mengemas barang-barang ke dalam van dan pulang. “Hm… bolehlah” balasku. Tidak apalah untung tak banyak hari ini, asalkan ada jualan, daripada tidak peroleh apa-apa langsung. Aku lipat dan masukkan dalam plastik. Wang bertukar tangan. Selepas 5 minit tiada kelibat pelanggan datang, aku dan Hanif mula masukkan pakaian-pakaian ke dalam bungkusan dan peralatan lain ke dalam van. Aku hidupkan enjin van berkali-kali namun tidak hidup-hidup. Ah sudah, waktu-waktu begini jugalah dia nak buat hal. Hanya pada cubaan kesebelas baru aku berjaya, lampu van menerangi tapak pasar malam. Aku sampai di rumah dan bau sup menusuk ke hidung. Isteriku buatkan kuetiau sup malam ini, aku jamah dengan berselera. Perutnya semakin jelas menunjukkan dia sedang hamil walaupun baru hampir 3 bulan. Kami te...