Langkau ke kandungan utama

Bangsaku Dipecah-pecah Vaksin

Kalau dulu Sasterawan Negara, Zurinah Hassan dalam puisinya Masihkah Kau Bermain Seruling berkata,

 

di kota yang semakin kusut dan tenat

adik-adikku menganggur dan sakit jiwa

bangsaku dipecahkan oleh politik

 

Hari ini, anak muda masih saja menganggur bahkan bertambah-tambah bilangannya, semakin ramai yang sakit jiwa di kota yang tak pernah henti kusut dan menenat. Ada waktu kita semua disatukan politik, menentang semua menteri dan ahli politik. Tapi vaksin yang mencegah penyakit, siapa sangka, juga memecahkan kita.



Setakat artikel ini ditulis, sudah 1.15 bilion dos vaksin telah dikeluarkan dengan jumlah 276 juta telah disuntik di seluruh dunia. Dalam bahasa dan statistik mudah, 3.5 %  daripada seluruh penduduk dunia telah dikurangkan risiko mereka untuk dijangkiti koronavirus. Di Malaysia, sebanyak 1.45 juta dos daripada pelbagai syarikat pengeluar vaksin telah mendarat di tanah air dengan 914 ribu telah divaksinasi. Ringkasnya, 1.7% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malayia telah disuntik vaksin sejak Program Imunisasi Kebangsaan dimulakan pada Februari 2021.


Dua hari lepas, pendaftaran untuk vaksin daripada syarikat pengeluar AstraZeneca dibuka secara sukarela awam namun terhad hanya pada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur. Kurang dari 4 jam, keseluruhan 268,000 dos AstraZeneca telah ditempah dengan jayanya oleh yang bertuah. Orang ramai yang berjaya mendapatkannya berkongsi tangkapan skrin dengan ucapan 'Tahniah' di skrin menunjukkan rasa bertuah mereka dapat menempah dos vaksin tersebut. Penduduk Selangor dan KL semalam seperti pembeli di Shopee yang bergelut berebut menempah Sambat Nyet buatan Khairul Aming. Semuanya mengharapkan talian internet yang stabil dan pantas serta peranti yang berkuasa demi mendapatkan barang dihajati. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Hari ini, mereka akan disuntik. Ramai juga baru tahu Putra World Trade Centre (PWTC) kini telah ditukar nama kepada Kuala Lumpur WTC. Sementara itu, penduduk di negeri lain hanya mampu melihat rakan-rakan di Selangor berkongsi tangkapan skrin mereka di media sosial tanpa mampu membuat apa-apa melainkan (kebanyakannya) menunggu notifikasi di MySejahtera kerana tidak ada apa-apa apa untuk direbut mereka beberapa minggu ini.


Situasi ini terus mengingatkan saya pada situasi di mana negara-negara kaya dengan mudah membolot vaksin daripada mana-mana syarikat pengeluar yang dikehendaki mereka. Apa yang mereka perlu lakukan hanya menghulurkan wang berkepuk-kepuk pada pengilang untuk membayar harga setiap dos vaksin yang ditempah (sebanyak mungkin). Kegusaran ini telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah World Health Organization (WHO)Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Mac lalu dengan menggesa negara-negara kaya mematuhi perjanjian mereka untuk bertimbang rasa terhadap negara yang kurang berkemampuan membeli vaksin. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan bahawa setakat April, negara berpendapatan tinggi sudah mempunyai bekalan vaksin mencukupi untuk 87% rakyatnya manakala negara-negara miskin hanya pada 0.2%.

            United Kingdom, salah sebuah negara ‘pemborong’ terbesar vaksin sebelum ini telah berjanji untuk memberikan lebihan bekalan vaksin mereka pada negara miskin bagaimanapun masih belum menyatakan dengan terperinci tentang jadual perancangan itu. Sama juga halnya dengan Amerika Syarikat di mana Biden juga berjanji untuk menyumbangkan 60 juta dos vaksin AstraZeneca ke seluruh dunia namun masih tidak memperincikannya bahkan pada masa yang sama mengenakan sekatan eksport bahan mentah utama dan vaksin ke luar negara. Covax pula ialah inisiatif antara tiga badan iaitu Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), WHO dan Gavi yang ditubuhkan dengan memeterai perjanjian antara negara-negara maju, membangun dan miskin dalam usaha memberikan akses yang saksama semua negara anggota terhadap vaksin. Dengan wang yang disumbangkan beberapa negara anggota, Covax akan berunding dengan syarikat pengeluar dan bekalan yang diberikan kemudiannya akan diagihkan dengan seadil mungkin kepada semua negara yang memeterai perjanjian. Walaupun skim ini agak lewat dan setakat ini tidak sepenuhnya berjaya mengatasi masalah ketidakadilan akses kepada vaksin, namun sedikit sebanyak membantu 92 buah negara-negara kurang berkemampuan lain termasuk Algeria, Malawi, Uganda, Iran, Zambia dengan keseluruhannya 49 juta dos telah diagihkan melalui Covax.

            Namun dalam keseriusan semua pihak menangani koronavirus, apa yang kelakar dikongsi di media sosial adalah ramai juga yang membanding-banding syarikat pengeluar vaksin dengan menolak sesetengah keluaran dan menyanjung vaksin keluaran syarikat lain tidak ubah seperti pelanggan cerewet yang sedang memilih periuk di Langkawi atau permaidani di Nilai sedangkan semua vaksin (yang dibeli kerajaan) berfungsi untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus dan menyelamatkan diri daripada bahaya, bukan untuk dipamer dan digayakan pada hari raya.

Tipulah jika saya katakan saya tidak cemburu melihat mereka di Selangor & KL sudah mempunyai akses kepada vaksin dan disuntik dalam masa yang begitu singkat sedangkan saya dan yang lain yang sudah mendaftar lebih beberapa bulan masih saja tidak berubah status menunggu di MySejahtera. Kecemburuan (tidak, saya tidak dengki) saya ini jika dapat digambarkan pada mereka, saya akan katakan sama perasaannya ketika mereka melihat selebriti, tokoh-tokoh media sosial dan menteri dapat merentas ke sana sini bercuti makan angin dengan riang dan riak. Walaupun tidaklah sampai ke tahap marah sebegitu, namun fahamlah saudara-saudari sekalian tentang ketidakadilan yang berlaku di depan mata. Khairy Jamaluddin juga telah mewartakan bahasa akses pada vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluas pada lebih banyak negeri selepas ini di seluruh negara. Syukur, namun, bukankah lebih baik jika ia dilakukan serentak di seluruh negara? Bukankah hal ini sama dengan konflik negara kaya dan negara miskin dalam merebut vaksin? Ah, apalah saya tahu, saya tidak pernah menjadi menteri, bukan agamawan selebriti, mahupun sepenting pekerja di Tanah Tinggi Genting. Saya hanya seorang pemuda marhaen biasa di hujung ceruk utara semenanjung yang tidak tahu apakah vaksin atau virus terlebih dahulu yang akan sampai ke tubuh saya.


Artikel ini juga diterbitkan di Solidaritas.

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Analisis Kritikal terhadap Salib Existensial (2015) oleh Ridhwan Saidi (Esei) (1 Januari 2020)

Pengenalan Ridhwan Saidi ialah nama yang tidak asing lagi dalam arena seni di Malaysia terutamanya dalam kalangan peminat novel indie . Beliau ialah pengasas bersama Mocha-Mocha Ink yang menerbitkan fiksyen kontemporari, novelis dan penggiat teater namun lebih dikenali sebagai penulis novel kerana telah menerbitkan beberapa bukunya dengan Buku Fixi seperti Brazil , Amerika , Cekik dan banyak lagi. Salib Existensial oleh Ridhwan Saidi merakamkan kejadian sebuah salib yang berkhidmat di gereja mendapat azab pada pengakhiran kehidupannya. Suatu malam, dia mengambil keputusan untuk beristirahat dengan pergi ke sebuah bar berdekatan berseorangan. Setelah mabuk, dia pulang ke gereja untuk berdiri semula di hadapan gereja kerana esoknya ramai hadirin akan datang untuk beribadat. Akhirnya, dia sampai ke puncak, tempat kerjanya dan tidur hingga ke esok pagi. Keesokannya, dia mendapati ramai orang berekerumun di bawah seperti hari Ahad biasa namun mereka kaku memandangnya serta mempunyai ...

Patriarki dalam Bapak Mati Bunuh Diri (2021) (Esei) (1 Mei 2021)

Pengenalan Patriarki yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ‘patriarchy’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu patér yang bermaksud bapa dan arché yang merujuk pada ‘tua’, ‘awal’, ‘kuasa’ atau juga ‘aturan’. Sistem sosial patriarki merujuk kepada sistem yang meletakkan lelaki sebagai ketua, yang terkehadapan dan yang memegang tampuk kuasa pada hierarki paling tinggi. Patriarki juga sering dikaitkan dengan dominasi kaum lelaki dalam sesebuah organisasi dan penindasan terhadap kaum perempuan. Dalam sesebuah institusi masyarakat yang mengamalkan patriarki, si ayah atau suami secara veto berkuasa dan bertanggungjawab  sepenuhnya terhadap setiap anggota keluarganya dari semua segi termasuk kewangan, sosial, pendidikan dan lain-lain. Si isteri atau ibu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju keluarga mahu pun membuat keputusan untuk institusi tersebut. Cerpen Bapak Mati Bunuh Diri (2021) ditulis oleh Nur Adilla dan disiarkan dalam majalah Svara isu ke-5 (Januari – Mac 2021)...

July 2022 - What Happened In My 25th

I feel like I’m stuck between the past and the future but I’m not in the present. I don’t have any goals anymore, don’t talk to me about hope and ambitions. I was born an idealist. Between the past and the future, I enjoy reminiscing. Because in the past, things happened but in future, nothing ever happened. Now I just live day to day. Picturing the sins and uncomfortable moments every evening.   I’m a late bloomer. Laggies.  I used to pray to die young, to wake up next day somewhere, or beside God right away. But I was innocent at that time. Now I am no longer naive. So I pray my sins forgiven before I leave this place. Every day I grow up getting more scared than ever. Commitments, human interaction, possibilities, risks, past mistakes. All this while every one keeps moving forward, braver then ever. To quote Tyler Durden, “Losing all hope was freedom”. It’s not rhetoric, it’s true. Just like love, it requires courage too, to give everything up, to not give a fuck anymore an...

Koronagig (Cerpen) (17 Mei 2021)

Aku terus menatal halaman iCloud di skrin iMac. Tujuan asalnya aku mahu memuat naik beberapa gambar daripada storan komputer ke pelayan iCloud tapi aku sedar halaman Photos iCloud rupanya panjang. Sudah 10 tahun aku melanggan servis iCloud, jadi semua gambar dari iPhone, iPad dan iMac aku semuanya ada di sini. Gambar-gambar sewaktu di kolej, asrama sekolah menengah dan hari raya buat aku rindu masa muda. Ah, semua pahit jadi manis bila ia tidak lagi berlaku sekarang – nostalgia. Aku klik di Notes untuk lihat tulisan dan catatan dulu-dulu. Apakah sama nostalgianya dengan foto?           Dengan pantas aku terus klik scroll bar dan terus larikan ke nota paling awal ditulis. Tiga minit juga aku tunggu ia loading , scroll , loading , scroll dan terus loading sampailah ia tidak loading lagi. Ah, ini nota pertama aku! Walaupun bukanlah yang pertama kerana sebelumnya tidak dimuat naik ke iCloud, tapi jadilah! Ia hanya catatan mengandungi beberapa...

Kelas Sebalik Talian

  Bulan Mac lepas menyaksikan para pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memasuki semester baru, menandakan sudah setahun kelas dalam talian dijalankan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Tenaga pengajar dan pelajar yang sebelum ini tidak pernah menggunakan Google Meet, Zoom, Webex sudah agak mahir dengan platform di atas. Kekalutan dan huru-hara yang dialami sebelum ini mungkin dapat dikurangkan dan kerjasama antara pelajar serta pensyarah seharusnya lebih baik. Setelah berbulan-bulan kedua-dua pihak IPT dan pelajar mengharungi fasa baru ini, pelbagai masalah yang telah berakar dalam masyarakat kita timbul dengan drastik dan jelas, bagai sabut di dasar sungai yang akhirnya terlepas dari batu besar. Tahap capaian internet adalah antara masalah terbesar mereka hadapi baik daripada pihak pelajar mahupun pensyarah yang terpaksa ulang-alik ke kampus sewaktu PKP semata-mata mendapatkan capaian internet yang lebih baik. Dalam hal ini, pelbagai mediu...

Inphluenza (Cerpen) (31 Julai 2021)

  Sebuah kereta Proton Saga berwarna perak dengan cermin lut sinar sedang menunggu Aini. Seorang wanita berusia 60-an bersama gadis 20-an datang memeluk Aini erat. Mata Aini mula menakung air dan dia cuba mengawal serak suara. “Ehem... jom, kita sambung kat rumah! Lama sangat ni tak jejak kaki kat rumah. Jom!” Ibu Aini mengelap air mata dan masuk semula ke dalam perut kereta. Di dalam kereta mereka berbual rancak tentang perubahan jalan dan pembinaan bangunan-bangunan baru yang dilihat sepanjang dalam perjalanan pulang. Tingkap dibuka dan Aini menghalakan wajahnya ke luar membiarkannya ditampar angin. Sudah 5 tahun dia tidak merasakan nikmat menjejakkan kaki dari luar kotak bangunan bernama penjara.             Adiknya, Alia kini di tahun ketiga di salah sebuah universiti swasta di Bangi dalam bidang pengkomputeran. Sejak Aini di penjara, jiran-jiran mula menjauhkan diri daripada keluarganya. Selepas 2 minggu di rumah, Aini...

Bersosial di Media Sosial dalam Pandemik (Esei) (8 Jun 2021)

  Our World in Data (2019) melaporkan secara purata satu daripada tiga orang mempunyai akaun media sosial. Ketika itu, Facebook selaku pemegang ‘saham’ terbesar dalam arena media sosial telah mempunyai 2.4 bilion pengguna berbanding 100 juta pada 2008. Amanz (2020) melaporkan jumlah tersebut telah meningkat sehingga 2.7 bilion pengguna. Beberapa hari lalu, Nagarajan (2021) melaporkan syarikat Facebook Inc. telah menjangkaui nilai 1 trilion USD selepas mahkamah melepaskan syarikat tersebut daripada dikenakan tindakan di bawah undang-undang antimonopoli. Ini menjadikannya syarikat kelima Amerika Syarikat yang mencapai nilai 1 trilion, sebaris Microsoft, Alphabet (syarikat induk Google), Amazon dan Apple.           Kejayaan Facebook ialah bukti betapa besar kesan media sosial pada seluruh masyarakat dunia. Dengan media sosial, ia telah mengubah cara manusia berkomunikasi seperti bagaimana mereka berkongsi berita, meluahkan perasaan, menja...

Seni v Pornografi: Mendepani yang Kabur (Esei) (8 Julai 2020)

  SENI v PORNOGRAFI: MENDEPANI YANG KABUR   A MINUDDIN Z AIN Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA     ABSTRAK Seni mengikut teori yang dikemukakan Plato dan Aristotle adalah hasil aktiviti peniruan. Dalam seni, lukisan dan arca terutamanya, karya seni yang melibatkan sosok tubuh bogel manusia juga telah wujud sekian lamanya semenjak zaman kegemilangan Tamadun Yunani. Lukisan terkenal seperti Venus of Orbino oleh Titian juga menunjukkan wanita tanpa pakaian dan arca Discobolus di zaman Yunani menampakkan lelaki dengan tubuh sasa dan ideal dalam keadaan berbogel. Memasuki abad ke-20, wujud satu lagi kategori yang telah disebar dalam pelbagai cabang seni iaitu pornografi. Pornografi ini wujud dalam tulisan, media baru seperti gambar dan video. Wujud permasalahan baru iaitu bagaimana mahu membezakan antara dua kategori ini, apakah pornografi sebahagian daripada seni atau sebaliknya? Artikel ini menghuraikan lebih lanjut gar...

Kluster Nyet (Cerpen) (21 Januari 2021)

                 “Sepuluh boleh bang?” tanya pelanggan remaja pada aku. Jam menunjukkan pukul 8:43 pm. Aku dan Hanif hanya menunggu ketiadaan pelanggan untuk mengemas barang-barang ke dalam van dan pulang. “Hm… bolehlah” balasku. Tidak apalah untung tak banyak hari ini, asalkan ada jualan, daripada tidak peroleh apa-apa langsung. Aku lipat dan masukkan dalam plastik. Wang bertukar tangan. Selepas 5 minit tiada kelibat pelanggan datang, aku dan Hanif mula masukkan pakaian-pakaian ke dalam bungkusan dan peralatan lain ke dalam van. Aku hidupkan enjin van berkali-kali namun tidak hidup-hidup. Ah sudah, waktu-waktu begini jugalah dia nak buat hal. Hanya pada cubaan kesebelas baru aku berjaya, lampu van menerangi tapak pasar malam. Aku sampai di rumah dan bau sup menusuk ke hidung. Isteriku buatkan kuetiau sup malam ini, aku jamah dengan berselera. Perutnya semakin jelas menunjukkan dia sedang hamil walaupun baru hampir 3 bulan. Kami te...