Komputerona
Aku bangun jam
5:34 pagi dan terus ke bilik air untuk mandi. Selesai membersihkan diri, aku
pakai kemeja biru dan seluar slack hitam, galas back Targus di belakang.
LRT sesak seperti biasa, aku ambil tren agak lewat hari ini. Sampai di kubikel,
aku perasan Syabil masih belum hadir. MC ke? Oh ya aku lupa dia ke Hong
Kong dengan seorang lagi teman sekerja kami, Bang Long untuk berurusan dengan
syarikat di sana. Haih, sunyilah aku minggu ni.
Aku
dan beberapa rakan sekerja lunch di kedai Nasi Kukus Kak Wan hari ini. Kami
tumpang kereta Aini. Port biasa orang office lunchlah
sini, harga okay, nak kata sedap bolehlah, tak kena dengan selera aku sangat nasi
kukus ni. Aku lagi suka nasi campur lauk Melayu dan nasi kandar kalau makan
tengah hari.
“Eh, betul ke aku dengar 3 hari lepas ada virus baru
yang dah ramai gila orang kena globally. Aku tak ingat apa nama entah. Tapi virus tu—”
“Aah dia curi data user, lepas tu autoformat device
kau. Bukan kat komputer je, masalahnya semua device yang registered
dengan digital ID kau akan kena.” Aisam menyampuk tak tunggu Aini
habiskan ayat.
“Ye ke? Aku baru baca semalam tapi serius sangat ke?.
Aku baca ada certain user yang meletup kan laptop dia? I mean terbakar
sebab overheat, virus tu hack dia punya power and
cooling system jadi overload. Tapi takkanlah power macam tu
sekali virus dia, macam over je sampai boleh terbakar laptop.”
Aku jawab.
“Eh ye ke? Entah, aku belum baca lagi yang tu. Cuma
yang pasal dia curi kau punya data and autoformat ye” Aini sambung dan
Aisam juga setuju.
“You think that’s legit?” Aisam tanya kami.
“I don’t know…” aku tak berani buat apa-apa
andaian sebab berita tersebut masih baru sangat.
“Think about how other users, how would others get
the virus on their device tu? Ini bukan virus macam biasa like flu
yang kita biologically dapat, tapi it’s on internet kot, nothing can
stop it. Dah tak kira kau kat mana, dari mana, as long kau on the
network, chances are you will click the link and next time you turn on
your device, boom, register for a new user, baby”
Kami berdua setuju. Berpuluh tahun dahulu manusia
pernah alami Black Death, Spanish Flu, MERS, SARS, COVID-19 yang bunuh
berbilion-bilion manusia tapi itu masih dibatasi banyak perkara seperti faktor geografi.
Jadi kalau benda itu terjadi di Holland, risiko manusia di Malaysia nak
dijangkiti secara tiba-tiba sangat rendah. Virus komputer ni kalau dah masuk
berita dan berlaku di banyak tempat berbeza, dah tak boleh pakai alasan
geografi.
Habis
lunch, aku buka PC di pejabat dan search tentang virus baru
tersebut. Ikut laporan The Independent, banyak user terawal adalah dari
India. Kemudian barulah dari Eropah dan negara Asia lain lapor benda yang sama.
India banyak hacker and technologist, tak mustahil virus tersebut
memang dicipta di sana. Huffington Post pula bagitahu ada kumpulan hacker
dari Pakistan claim yang hacker dari Korea yang cipta, cumanya user
di India yang report awal. Tapi sampai sekarang tidak ada laporan sahih siapa,
bagaimana dan dari mana virus ini dicipta, bahkan ada pakar mengatakan
sintaksnya sangat kompleks, mustahil dikerjakan manusia atau setidaknya dalam
masa singkat. Boleh jadi komputer sendiri yang menciptanya, ini bukan kali pertama
artificial intelligence buat hal, beberapa tahun lepas pernah terjadi di
Amerika, fail-fail sebuah syarikat keselamatan disembunyikan oleh sistem mereka
sendiri kerana berasa ia sedang diceroboh.
Kebanyakannya pengguna yang dijankiti virus ini dapat
dari laman web porn. Modus operandinya menarik, bila virus tu berjaya
masuk dalam sistem, dia akan keluar pop-up kuiz tanya macam-macam pasal ciri-ciri
partner idaman, rahsia yang orang tak tahu pasal kau dan lain-lain yang
berbentuk soalan pseudo-psychology. Ada yang creepy, ada juga
yang best, tapi memang ramai manusia suka jawab soalan macam ni, sama
macam diorang suka baca teori konspirasi.
Aisam datang ke kubikelku. Bau rokok John menusuk
hidung. Kami sambung bersembang pasal virus tadi bila dia lihat skrin
komputerku.
“Kau tahu paling best, macam mana virus tu akan
jahanamkan komputer kau akan ditentukan oleh jawapan kau. Kalau kau cenderung
macam kau pervert or sex maniac, itu yang jadi autoformat,
lingkup terus PC kau. Dia akan delete file win32 lepas dia curi
data kau. Macam mana kau nak boot? Hahaha baik giler wey hacker ni”
“Kalau jawapan baik, good-good je apa jadi?”
Aini tanya Aisam.
“Kau takkan kena effect langsung. Surprisingly,
memang ada user yang lepas jawab kuiz dia, rilek je boleh guna laptop
macam takda apa. Bila hantar ke lab, virus tu ada je dalam directory,
ada access ke semua data tapi dia laptop dia okey je. And, kalau
kau macam tengah-tengah, baik sikit jahat sikit, sama ada data kau je kena curi
or kau akan diintip dalam diam.”
“What the…
that’s evil genius.” Aku jadi kagum. Virus yang jahat bertindak seolah-olah
polis moral terhadap manusia yang hipokrit.
Penggera berbunyi, aku buka mata dan jam tunjukkan
7:30 pagi. Wah, kagum juga dengan diri sendiri dapat bangun pada penggera
pertama. Skrin telefon penuh dengan notifikasi WhatsApp. Aku terus ke bilik air
untuk mandi.
Monday Blues tak
beri kesan pada aku hari ini, mungkin sebab aku tidur awal semalam lepas
bersetubuh dengan Syifa. Dari petang sampai ke malam, kami hanya berbogel dalam
rumah, berasmara dan tonton drama. Netflix and chill, kata pepatah lama.
Aku buka TV, Syifa masih lagi dalam selimut.
“Virus Vina yang sedang membelenggu pengguna
elektronik di seluruh dunia dijangka akan memberi kesan buruk pada ekonomi
dunia. Syarikat-syarikat antivirus seperti Kaspersky, Norton dan McAfee sedang
giat menjalankan kajian dalam memastikan keselamatan pengguna terjamin.”
Lawa juga pembaca berita ni, sesuai dengan namanya,
Budi Citawati. Hari ini genap dua minggu syarikat aku tutup pejabat disebabkan
semua komputer di pejabat jahanam akibat virus Vina ini. Disebabkan semua
barang elektronik di pejabat linked dan centralized dengan main
computer yang juga sudah jahanam, maka pintu-pintu di pejabat pun ada
terkunci. Akhirnya mereka terpaksa memecahkan beberapa pintu-pintu kaca yang
tidak dapat dibuka dengan manual dan ganti dengan pintu kayu konvensional yang
pakai kunci fizikal macam pejabat zaman dulu.
Sudah dua minggu juga beberapa daripada kami duduk
goyang kaki di rumah. Semua urusan tak dapat dijalankan disebabkan dokumen
direkod dalam server di pejabat jahanam semuanya. Kami diberitahu pihak
atasan sedang cuba mendapatkan peralatan baru dan berhubung dengan pihak Amazon
untuk mendapatkan semula data di storan awan. Aku harap semua urusan dari
sekecil-kecil hal hinggalah besar disandar ke sana, kalau tidak matilah kami.
Aku sendiri pun sudah terkena virus tersebut. Virus
tersebut masuk ke dalam laptop dan PC aku daripada hard
disk Syifa. Komputer ribanya juga telah dijangkiti virus Vina, tapi tak sangka hard
disknya turut sama mengandungi virus tersebut. Virus tersebut tidak
merosakkan cakera keras, sebaliknya menggunakannya untuk menjangkiti semua
peralatan lain yang berhubung dengannya. Tidak ada kuiz ada atau apa-apa yang
muncul, selepas salin beberapa filem dari cakera tersebut, aku restart
komputer untuk update. Tiba-tiba saja dalam proses boot up,
sebuah paparan yang mempunyai gambar tengkorang muncul, memberitahu komputerku
sudah rosak dan mengucapkan selamat tinggal. Berkali-kali aku cuba hidupkan
untuk format tapi tidak berjaya. Sebiji LED pun tidak menyalah, apatah
lagi skrin.
Syifa beritahu perkara yang sama juga terjadi padanya,
maka sahlah virus Vina yang merosakkan komputerku. Rasa marah juga bila dapat
tahu dia menjawab kuiz itu beberapa hari sebelum kejadian, dia beri alasan tak
tahu modus operandi virus tersebut. Sudahlah tidak bekerja, kini laptopku
rosak. Boleh saja aku beli baru tapi aku tangguhkan apabila ada ura-ura
mengatakan virus tersebut akan menjangkiti semua peralatan yang didaftar dengan
Identiti Digital Kebangsaan. Ini
bermaksud apa-apa peralatan elektronik seperti komputer termasuk komputer riba yang
didaftarkan atas Identiti Digital Kebangsaan yang sama, pastinya akan rosak
kerana data yang telah disimpan di server virus atau hacker
tersebut. Nampaknya ini beri kelebihan pada komputer lama sebelum undang-undang
pendaftaran untuk setiap peranti diperkenalkan. Tetapi versi terkini virus
tersebut dikatakan sudah mampu menjangkiti telefon pintar juga dengan ratusan
laporan sudah difailkan di Ukraine dan negara jiran Singapura.
Tapi ada baiknya juga perkara ini berlaku. Aku dan Syifa
sekarang dapat meluangkan masa bersama lebih banyak berbanding dahulu. Dia kini
sudah beberapa hari tidur di rumah apartmentku tanpa risaukan pekerjaannya
kerana dia baru saja berhenti kerja sebelum kemunculan virus Vina. Petang itu
kami ke turun ke gimnasium bersama. Tiba-tiba ia dipenuhi orang sedangkan selama
ini sunyi sepi. Aku baru sedar banyak juga muka-muka yang tak pernah aku tahu
tinggal di sini. Kolam renang juga ramai dengan budak-budak dan ibu bapa pada
pagi Isnin begini.
Selesai bersenam, aku dan Syifa naik ke atas untuk
mandi. Dia masak dan kami tonton sebuah filem klasik tentang masa, Arrival yang
terbit 20 tahun lalu. Kini anak kepada mendiang pengarahnya Denis Villeneuve, iaitu
Patrick Villeneuve pula sedang meningkat naik tapi aku kurang sukakan filem
arahannya, aku rasa dia lebih baik jadi penulis skrip kerana dia juga sudah
memenangi anugerah sebagai penulis skrip.
“See, Villeneuve buatkan I faham tanpa I
sendiri faham macam mana I boleh faham pasal konsep masa non-linear
dia tu. Like, bila alien tu cakap yang diorang datang nak belajar
something from human kat Bumi dan macam mana masa bergerak kat dunia
diorang, I terus dapat. I tak tahu macam mana I get it! You
faham tak?” aku kongsi kekaguman aku terhadap mendiang Denis Villeneuve dalam
Arrival.
“Meh, poyolah you ni. Okey, Sicario first or second?” Syifa
soal aku.
“First.”
“Sebab ada Emily Blunt?”
“No, sebab yang second bukan Villeneuvelah! Lain dah
director dia tapi tak best macam first punya. Emily Blunt tu bonuslah, tapi
memang sebab first tu lagi best”
“Oh, okay. Tak tahu pula. Prisoners or Enemy?”
“I tak tengok lagi Enemy. But Prisoners was
good too.”
“Sebab you fan dia, memanglah semua
minat, eleh.” Syifa jeling, giliran dia pula memilih filem untuk
ditonton.
Aku
tatal skrin telefon, di media sosial banyak teori dan pendapat orang tersebar
luas berkenaan virus yang menjadi isu global sekarang. Ada antara kawan-kawan
aku sendiri kongsi hantaran yang mengatakan bahawa virus ini dicipta oleh syarikat-syarikat
antivirus gergasi seperti Kaspersky sendiri kerana mereka ingin mencuri data
dan mengaut keuntungan atas kewujudan virus ini. Ada juga yang lain berpendapat
bahawa ia konspirasi antara syarikat yang menjual alat senaman dan diketuai
oleh beberapa pakar kesihatan dunia kerana ingin memecah monopoli oleh syarikat
teknologi dan digital seperti Amazon, Google dan Microsoft selain juga berniat
untuk membawa manusia ke jalan yang sepatutnya semula iaitu hidup tanpa skrin.
Nescafeku
tersembur bila membaca teori kedua itu. Aku pun keliru adakah ia sarkastik atau
memang betul-betul penulisnya percaya ia sebuah konspirasi oleh syarikat
pembuat alat senaman? Tapi ada benarnya juga kerana sejak akhir-akhir ini,
ramai yang terkesan dengan ketiadaan gadget mereka mula meluangkan masa
di luar rumah dan tanpa menghadap skrin. Setiap pagi aku dapat lihat apartment
berhadapan dengan bilikku kini lebih ramai yang melepak di beranda seawal 8
pagi dan kemudian sebelum senja. Syifa juga beritahu taman reakreasi di kawasan
perumahannya juga semakin ramai orang-orang dewasa berjoging dan bersenam.
Semalam aku layari Amazon, platform jualan atas talian
ini menunjukkan antara peralatan yang banyak dibeli minggu ini adalah kasut sukan,
treadmill, tikar yoga dan alatan memancing mengalahkan barangan
elektronik seperti RAM, casing PC, kad grafik, laptop,
telefon pintar dan lain-lain.
Baru-baru
ini juga aku perasan di halaman utama Youtube aku tiba-tiba banyak video
tentang perkongsian tanaman dan masakan muncul sedangkan aku jarang sekali
tonton kandungan sebegitu. Kedai di televisyen seperti GoShop yang sentiasa
menjual barang dapur kini sudah menyelitkan alat-alat menjahit selain hanya
menjual periuk berteknologi Jerman dan mop inovasi syarikat Rusia.
Aku
mendapat panggilan daripada Syazwan, rakan sejak sekolah yang telah lama tak
berhubung. Lihat namanya pada skrin telefon, aku pelik kenapa dia hubungi aku,
tak pernah terjadi dan tak pernah aku sangka. Adakah dia dalam kesusahan dan
kecemasan sehingga terpaksa hubungi aku?
“Futsal? Malam ni? Mana tu?”
Rupa-rupanya dia hubungi aku ajak bermain futsal malam
itu. Disebabkan rakan karibku, Ezan rosak telefonnya, maka Syazwan terus
hubungi aku. Ada dua team saja malam ini dia beritahu, aku terus setuju. Aku baru sedar sudah setahun aku
tak bermain futsal, paling-paling pun hanya turun ke gimnasium di bawah dan
bersenam seorang. Selepas sejam bermain di Northern Sports Arena, kami semua
lepak di Abu Bistro. Walaupun ada beberapa orang aku tak kenal tapi sesi lepak
tersebut agak rancak. Ada satu perasaan semacam campuran lega dan gembira bila
dapat bersembang dengan rakan-rakan sekolah yang telah lama tidak luangkan masa
bersama akibat kesibukan.
Banyak cerita sekolah diungkit semula, tak kering gusi
masing-masing. Daripada hal politik, dilema virus yang menyerang seluruh dunia
digital sampailah hal peribadi, aku rasa beban yang tak pernah sesiapa tahu
sedikit terangkat walaupun tidak bercerita pada mereka kerana serba sedikit
masalah mereka aku dapat rasa terkait. Hanya selepas sejam setengah kami ambil
keputusan untuk pulang.
Dua bulan kemudian
Semalam
pejabatku tutup semula selepas komputer-komputer yang baru dibeli diserang
virus Vina sekali lagi. Bosku sudah
pening kepala perlu menjawab dengan client dan HQ di Singapura.
Macam mana sebuah syarikat multinasional boleh diserang buat kali kedua pun aku
tak tahu, tapi mungkin disebabkan hacker tersebut sentiasa menaiktaraf virus
tersebut maka antivirus terkini pun tak dapat kesan.
Syabil
dan Bang Long beritahu aku ada ura-ura daripada pihak atasan bahawa beberapa
staf terutamanya yang baru dilantik akan dihentikan kontrak dan diberi VSS.
Lebih banyak pelajar praktikal akan masuk selepas ini untuk menjimatkan kos
tenaga buruh. Aku tak pasti apa nasib aku tetapi aku pasti Syabil dan Bang Long
akan kekal, mereka orang penting untuk syarikat.
Mereka
berkongsi denganku urusan mereka semasa di Hong Kong tempoh hari. Kami juga hairan
dan kagum bagaimana virus tersebut serba sedikit telah mengubah tabiat manusia
termasuk kami. Mereka kini lebih banyak kelihatan berjoging, main badminton di
hadapan rumah, berfutsal dan banyak aktiviti fizikal lain selain bermain
permainan video. Baru-baru ini Aisam juga telah mula menolong abangnya berniaga
burger sewaktu pejabat ditutup. Dia agak terkejut dengan jumlah pelanggan yang
datang ke gerai kerana ia berganda-ganda berbanding pesanan menggunakan khidmat
runner. Mereka juga kini menyediakan meja dan kerusi untuk pelanggan
duduk dan makan di gerai, tidak seperti sebelum ini yang kebanyakan pesanan
dihantar melalui pihak ketiga.
Syabil memandang kiri dan kanan, dia tiba-tiba
dekatkan wajahnya padaku.
“Kau tahu macam mana virus tu boleh kena kat kita?”
“Mana aku tahu. Boslah kot download file entah
apa-apa” aku kerutkan kening.
Syabil alihkan pandangan ke arah Banglong. Dia
keluarkan sebuah thumbdrive berwarna merah dari poket.
(2097
patah perkataan)
x
Ulasan
Catat Ulasan