ANEKDOT 1 (Melihat King Bekerja)
Hari ini hari pertama King shooting
untuk drama barunya, Bio-Mat. Masa dapat offer job tu, King ingat
dia kena berlakon watak pekerja pembersihan macam dalam filem Cuci-Cuci.
Aku tanya dia kenapa dia fikir macam itu, “Yelah, bio ni bukan cuci-cuci ke?
Macam kat sabun baju. Ha tu, kau nampak?” sambil tunjuk sabun baju sebelah
mesin yang aku baru beli tadi.
“Kau pernah
tengok Bio-Nik tak?”
Kemudian aku
terpaksa habiskan 15 minit bercerita pasal drama yang aku sendiri tak berapa
ingat.
“Ha macam
mana first day, ngam?” aku tanya King.
“Okaylah, not
bad. At least for now. Tapi itulah, robot dia tak ngamlah.”
“Eh apahal
pula?”
“Aku
ingatkan robot dia macam dalam cerita Bio-Nik ke, Terminator ke,
rupanya macam robot budak sekolah buat, ish kau tengoklah sendiri” sambil
hulurkan telefonnya dia pada aku. Sebuah robot dengan kaki semacam kereta kebal
dan seluruh badannya seperti tulang besi tanpa badan dengan wayar berselirat.
Tak sophisticated langsung!
“Jadilah
tu! Cerewet pula kau. Jangan nak diva sangat, kau tu baru nak naik, bukan Shaheizy
Sam ke Fattah Amin ke. Kau go on je la, alah.” aku ketawa.
“Dah tu,
mamat yang control si robot ni pula kerek nak mampus. Mentang-mentanglah dia
seorang je tahu kawal robot tu. Aku taulah aku tak pandai sangat bab-bab IT ni,
tapi kerek dia ya Rabbi, sakit hati aku, Li! Sebelum balik tadi
sempat juga aku bahan dia kaw-kaw. Merah muka member. Puas hati aku”
“Eh kau
jangan, baru first day dah cari gaduh”
Esoknya, King
dapat panggilan daripada kawannya yang juga terlibat dalam industri.
“Seriuslah,
watak utama? Kesian juga mamat tu kang nanti terkejut dia kena buang gitu je” King
bercakap di telefon.
“Eh mestilah
aku nak. Ha boleh, boleh. Kau forward kat aku japgi. Eh kejap
apa nama drama tu?”
“Ha, Bio-Mat?!”
(289
patah perkataan)
ANEKDOT 2 (Sushi
King di Tengah Uptown)
Katty dan Liza di ruang tamu
bercerita pada aku tentang kelas judo yang diorang baru join minggu lepas.
Zaman sekarang bukan saja perempuan, lelaki pun kena berhati-hati sebab jenayah
tak kira mangsa, pesan diorang pada aku. Waktu sekolah dulu pernah aku masuk
taekwondo untuk kokurikulum, sempatlah merasa tali pinggang kuning. Tapi buat
masa sekarang aku tak ada mood untuk benda-benda macam ni.
King keluar
bilik dan join kitorang. “Apacer?” tanya
King. Kitorang pun bagitahu pasal kadar jenayah dalam ketidakstabilan ekonomi sekarang,
kemudian Katty dan Liza bercerita tentang kelas judo diorang.
King tetiba
buat isyarat pistol dengan tangan kanannya, letak di kepala, “Unagi!”. Kami
semua terpinga-pinga, apahal mamat ni cakap pasal sushi.
“Unagi is
a total state of awareness yang mana seseorang tu sentiasa bersedia dengan
ancaman. Setakat tahu martial arts tak cukuplah. Lagi pula korang baru
belajar seminggu” King terangkan.
“So?”
tanya Liza.
“So,
korang kena belajar dulu pasal unagi macam aku yang dari sekolah belajar karate
dan familiar dengan benda ni”
“Apa-apa
jelah, King. Jom, Katty, Ali kita pergi Sushi King craving pulak tetiba
dengar unagi ni” Liza dah malas layan King.
Malam tu,
kitorang decide nak lepak di Uptown Jalan Reko dengan member-member lain tapi
disebabkan aku ada hal, jadi King pergi dulu. Katty dan Liza pula macam biasa,
teguh dengan ‘janji Melayu’ diorang.
Ngam-ngam
aku dengan diorang berdua sampai sekali. Dari jauh kitorang dah nampak King
sorang-sorang kat meja hujung sekali. Dia suka pilih port tu, kurang
bingit nyanyian buskers katanya. Disebabkan malam masih muda, uptown
pun baru hidup dan belum ramai pengunjung. Perlahan-lahan kitorang berjalan ke
arah King yang sedang termenung jauh.
“Unagi!!!”
jerit Liza dari belakang King sambil cuit pinggang King laju-laju.
“Opocot mak
kau wheelie naik RXZ vroom vroom vroom weng weng weng!!!” King dengan tak
sengaja terbalikkan meja dan dia sendiri terjatuh daripada kerusi.
(300 patah
perkataan)
ANEKDOT 3 (It’s Going To Be Important!)
“Pukul 9 I
cakap!” Marsha memarahi aku.
“No, you
cakap 8!” aku balas.
“Okay
why on Earth would I say pukul 8? You yang salah dengarlah”
Aku
dan Marsha masuk ke ruang tamu dengan penuh kecewa kerana tak dapat tonton
wayang malam itu. Katty pula sedang selesa atas sofa bermain Candy Crush.
Aku
ingat lagi minggu lepas sewaktu dia merekod perbualan aku, Marsha, Liza dan
King dalam jurnalnya. “Tak, aku tengah tulis pasal Abu, Maria, Lizzie… dan
Raja. Aku tengah tulis pasal watak yang aku cipta sendiri tanpa inspirasi atau homage
pasal apa-apa.” Aku hanya buat tak tahu, dah masak dengan perangai peliknya.
“Stop
being a pervert!” marah Liza pada Katty.
“No!
This is about Abu, Marla, Cassie and King!” Katty tutup mulut dan terbeliak
menyedari dia sudah salah menyebut nama.
“Okey, okey. Tak, aku tengah tulis pasal relationship,
like between lovers, friends, strangers and stuff. Mestilah
korang wujud dalam ni. Ala, please… It’s going to be important one
day, trust me!”
Lamunan
aku terhenti bila Katty bersuara, “Kenapa ni muram-muram? Bukankah kalian
pasangan terhangat di Kuala Lumpur sekarang? Apakah punca kemurungan yang saya
lihat depan mata saya ini? Ayuh, kongsikan dengan saya!” sindiran Katty itu
sikit pun tak jernihkan keadaan. Aku beritahu tentang salah faham yang kami
hadapi malam itu.
“Well…” Katty jeling pada aku dan
Marsha dan capai jurnalnya.
“Yes,
that journal! Prevail the truth, now!” bersemangat betul girlfriend
aku ni kalau nak menang.
“Semasa Ali eh, Abu bermain FIFA dengan Raja,
Maria ajak Abu tonton wayang esok hari. Abu cadangkan untuk pergi ke One Utama
jam 8 malam tapi Maria bantah, dia tetap nakkan 9 malam. Tiba-tiba, telefon
Maria berbunyi, abang Poslaju bagitau barang dah sampai, Maria cepat-cepat
keluar rumah dan Abu bersorak jaringkan gol.”
Aku dan Marsha
saling memandang.
“See,
I told you, it’s going to be important, case closed, yay!”
(302 patah
perkataan)
x
Ulasan
Catat Ulasan