Langkau ke kandungan utama

Catatan

Terbaru

July 2022 - What Happened In My 25th

I feel like I’m stuck between the past and the future but I’m not in the present. I don’t have any goals anymore, don’t talk to me about hope and ambitions. I was born an idealist. Between the past and the future, I enjoy reminiscing. Because in the past, things happened but in future, nothing ever happened. Now I just live day to day. Picturing the sins and uncomfortable moments every evening.   I’m a late bloomer. Laggies.  I used to pray to die young, to wake up next day somewhere, or beside God right away. But I was innocent at that time. Now I am no longer naive. So I pray my sins forgiven before I leave this place. Every day I grow up getting more scared than ever. Commitments, human interaction, possibilities, risks, past mistakes. All this while every one keeps moving forward, braver then ever. To quote Tyler Durden, “Losing all hope was freedom”. It’s not rhetoric, it’s true. Just like love, it requires courage too, to give everything up, to not give a fuck anymore and to comm
Catatan terbaharu

Inphluenza (Cerpen) (31 Julai 2021)

  Sebuah kereta Proton Saga berwarna perak dengan cermin lut sinar sedang menunggu Aini. Seorang wanita berusia 60-an bersama gadis 20-an datang memeluk Aini erat. Mata Aini mula menakung air dan dia cuba mengawal serak suara. “Ehem... jom, kita sambung kat rumah! Lama sangat ni tak jejak kaki kat rumah. Jom!” Ibu Aini mengelap air mata dan masuk semula ke dalam perut kereta. Di dalam kereta mereka berbual rancak tentang perubahan jalan dan pembinaan bangunan-bangunan baru yang dilihat sepanjang dalam perjalanan pulang. Tingkap dibuka dan Aini menghalakan wajahnya ke luar membiarkannya ditampar angin. Sudah 5 tahun dia tidak merasakan nikmat menjejakkan kaki dari luar kotak bangunan bernama penjara.             Adiknya, Alia kini di tahun ketiga di salah sebuah universiti swasta di Bangi dalam bidang pengkomputeran. Sejak Aini di penjara, jiran-jiran mula menjauhkan diri daripada keluarganya. Selepas 2 minggu di rumah, Aini mula mencari pekerjaan. Dia tahu bekas banduan sepertinya

Patriarki dalam Bapak Mati Bunuh Diri (2021) (Esei) (1 Mei 2021)

Pengenalan Patriarki yang dipinjam daripada bahasa Inggeris ‘patriarchy’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu patér yang bermaksud bapa dan arché yang merujuk pada ‘tua’, ‘awal’, ‘kuasa’ atau juga ‘aturan’. Sistem sosial patriarki merujuk kepada sistem yang meletakkan lelaki sebagai ketua, yang terkehadapan dan yang memegang tampuk kuasa pada hierarki paling tinggi. Patriarki juga sering dikaitkan dengan dominasi kaum lelaki dalam sesebuah organisasi dan penindasan terhadap kaum perempuan. Dalam sesebuah institusi masyarakat yang mengamalkan patriarki, si ayah atau suami secara veto berkuasa dan bertanggungjawab  sepenuhnya terhadap setiap anggota keluarganya dari semua segi termasuk kewangan, sosial, pendidikan dan lain-lain. Si isteri atau ibu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju keluarga mahu pun membuat keputusan untuk institusi tersebut. Cerpen Bapak Mati Bunuh Diri (2021) ditulis oleh Nur Adilla dan disiarkan dalam majalah Svara isu ke-5 (Januari – Mac 2021). Sv

Bersosial di Media Sosial dalam Pandemik (Esei) (8 Jun 2021)

  Our World in Data (2019) melaporkan secara purata satu daripada tiga orang mempunyai akaun media sosial. Ketika itu, Facebook selaku pemegang ‘saham’ terbesar dalam arena media sosial telah mempunyai 2.4 bilion pengguna berbanding 100 juta pada 2008. Amanz (2020) melaporkan jumlah tersebut telah meningkat sehingga 2.7 bilion pengguna. Beberapa hari lalu, Nagarajan (2021) melaporkan syarikat Facebook Inc. telah menjangkaui nilai 1 trilion USD selepas mahkamah melepaskan syarikat tersebut daripada dikenakan tindakan di bawah undang-undang antimonopoli. Ini menjadikannya syarikat kelima Amerika Syarikat yang mencapai nilai 1 trilion, sebaris Microsoft, Alphabet (syarikat induk Google), Amazon dan Apple.           Kejayaan Facebook ialah bukti betapa besar kesan media sosial pada seluruh masyarakat dunia. Dengan media sosial, ia telah mengubah cara manusia berkomunikasi seperti bagaimana mereka berkongsi berita, meluahkan perasaan, menjalankan perniagaan, berseni, mencari kawan baru da

Koronagig (Cerpen) (17 Mei 2021)

Aku terus menatal halaman iCloud di skrin iMac. Tujuan asalnya aku mahu memuat naik beberapa gambar daripada storan komputer ke pelayan iCloud tapi aku sedar halaman Photos iCloud rupanya panjang. Sudah 10 tahun aku melanggan servis iCloud, jadi semua gambar dari iPhone, iPad dan iMac aku semuanya ada di sini. Gambar-gambar sewaktu di kolej, asrama sekolah menengah dan hari raya buat aku rindu masa muda. Ah, semua pahit jadi manis bila ia tidak lagi berlaku sekarang – nostalgia. Aku klik di Notes untuk lihat tulisan dan catatan dulu-dulu. Apakah sama nostalgianya dengan foto?           Dengan pantas aku terus klik scroll bar dan terus larikan ke nota paling awal ditulis. Tiga minit juga aku tunggu ia loading , scroll , loading , scroll dan terus loading sampailah ia tidak loading lagi. Ah, ini nota pertama aku! Walaupun bukanlah yang pertama kerana sebelumnya tidak dimuat naik ke iCloud, tapi jadilah! Ia hanya catatan mengandungi beberapa patah perkataan. Aku cuba menggembleng tena